Saturday, May 17, 2014 @ 11:14 AM  0 stares
Kata seorang rakan;
Apa yang paling sakit ialah aku percaya yang dia takkan tinggalkan aku.
Akhirnya dia ditinggalkan juga.
Disini yang paling sakit bukanlah rasa ditinggalkan.
Tapi rasa percaya itu.
- Seksi Ovari, Fazleena Hishamuddin




L. Kay.
@ 11:10 AM  0 stares
Kau boleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu,
tapi kau memilih untuk yang satu itu, yang paling dungu.
Yang buat kau bersandar sambil airmata kau jatuh bertalu.
Dan hati kau pecah beribu.
- Seksi Ovari, Fazleena Hishamuddin


L. Kay.
Sunday, May 11, 2014 @ 8:55 AM  0 stares
Kadang kita tak sangka benda macam tu akan jadi.
Kadang kita rasa benda tu tak sepatutnya berlaku.
Kadang kita tak terfikir macam ini pengakhirannya.

Sebab itu pepatah ada kata "berfikir dahulu sebelum bertindak".
Sebab itu pepatah ada kata "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa".
Sebab itu pepatah ada kata "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna".

L. Kay.